Kerjaya Juan Gabriel

Pada tahun 1971, Gabriel mendapat kontrak perakaman dengan Rekod RCA. Beliau telah menulis dan membuat rakaman untuk melebihi 1,000 buah lagu dalam berbagai-bagai genre muzik. [5] Menukarkan namanya kepada Juan Gabriel untuk menghormati guru besar (Juan) yang amat dikaguminya serta mendiang bapanya sendiri (nama keluarga pentas, Gabriel), [6], beliau beransur-ansur memantapkan kedudukannya sebagai penyanyi-penulis lagu komersil yang terutama di Mexico. Gabriel menulis dalam berbagai-bagai gaya, termasuk rancheras dengan mariachi, balada, pop, rock, dan disko. Beliau juga menulis banyak lagu kegemaran ramai untuk diri sendiri serta penyanyi-penyanyi Latin yang terutama, termasuk Estela Nuñez, Angélica María, Aida Cuevas, Enriqueta Jiménez, Lucha Villa, Ana Gabriel, Marc Anthony, Rocio Durcal, dan Son del Son. [7]

Gabriel muncul buat pertama kali dalam filem pada tahun 1975, dengan filem Nobleza ranchera. Kerjanya sebagai penyusun, penerbit, dan penulis lagu pada sepanjang dekad-dekad yang berikut mendedahkannya kepada artis-artis Latin yang terkenal, termasuk Rocío Dúrcal, dan Isabel Pantoja. Selain daripada membuat rakaman sendiri untuk banyak lagu kegemaran ramai, Gabriel juga pernah menerbitkan album-album untuk Rocio Durcal, Lucha Villa, Lola Beltran, dan Paul Anka. [8][9] Pada tahun 1984, beliau mencapai apa yang dianggap oleh banyak peminatnya sebagai lagu kegemaran ramainya yang teragung, "Querida" ("Sayangku"), yang kekal melebihi setahun dalam tempat pertama di carta lagu kegemaran ramai. [10]

Pertikaian hak cipta BMG

Antara tahun-tahun 1986 hingga 1994, Gabriel enggan membuat sebarang rakaman untuk BMG, akibat pertikaian tentang hak cipta lagu-lagunya. Semasa pertikaian itu, beliau meneruskan persembahannya untuk siaran langsung. Pada tahun 2000, menurut perjanjian antara Gabriel dengan BMG, beliau memegang seluruh hak cipta dan tanggungjawab pengurusan untuk melebihi 500 buah lagunya. [11] Seluruh katalog lagu Gabriel diterbitkan oleh Penerbitan Muzik BMG. [12]

Gabriel adalah popular di seluruh dunia bertuturan bahasa Sepanyol dan telah menjual melebihi 50 juta salinan, dengan jumlahnya masih bertambah. [13] Recuerdos Vol. II, salah satu daripada albumnya yang terbaik dan yang merangkumi lagu "Querida", lagu kegemaran ramainya, menjual melebihi 1.5 juta salinan dalam tempoh sebulan setengah hanya di Mexico pada dirinya. [14]

Gabriel mempunyai empat orang anak dan menyatakan bahawa mereka bukan anak angkatnya. Beliau mendedahkan bahawa anak-anak itu dilahirkan dengan "mi mejor amiga para toda la vida" (kawan terbaik seumur hidupku). [15] Gabriel berkata: "Por qué decirle cosas que a usted, como a muchas otras personas, no les interesa, yo pienso que soy un artista (.) que he dado mucho con mis canciones", [16] ketika ditanya adakah beliau merupakan seorang homoseksual.

Pada kebanyakan kerjayanya, terdapat tekaan tentang adakah Gabriel merupakan seorang homoseksual kerana rupa dan tingkah laku keperempuan-perempuanannya. Bagaimanapun, beliau telah dilaporkan sebagai seorang homoseksual oleh media bahasa Sepanyol.

Pada 14 November 2005, Gabriel tercedera ketika beliau jatuh dari pentas Pusat Toyota di Houston, Texas, dan dimasukkan ke hospital Pusat Perubatan Texas. [17][18]

Kerja amal

Gabriel terus membuat 10-12 buah persembahan setiap tahun sebagai konsert faedah untuk rumah-rumah kanak-kanak kesayangannya dan secara tabiat, bergaya untuk gambar dengan peminat-peminatnya supaya dapat menderma hasil kutipan daripada pengambilan gambar-gambar tersebut kepada anak-anak yatim piatu Mexico. [19]Pada tahun 1987, Gabriel mengasaskan Semjase ,[20] sebuah rumah kanak-kanak di Ciudad Juarez, Mexico untuk anak-anak yatim piatu serta kanak-kanak kurang beruntung yang berumur antara 6-12 tahun. [21]

Rujukan

WikiPedia: Juan Gabriel http://www.allmusic.com/artist/juan-gabriel-p38960 http://www.click2houston.com/news/5320221/detail.h... http://www.contactomagazine.com/juanga0418.htm http://arts.enotes.com/contemporary-musicians/gabr... http://www.findarticles.com/p/articles/mi_m0EIN/is... http://www.findarticles.com/p/articles/mi_qn4155/i... http://www.hispanianews.com/archive/1999/March19/0... http://www.icebergradio.com/performer/38960 http://www.nbc5.com/irresistible/5339032/detail.ht... http://www.ticketcity.com/Juan-Gabriel-Tickets.htm...